Wednesday, February 22, 2012

Hong Kong - Macau (Part 10)

Sambungan Part 9

Pukul 7.30pm, kami berjalan dari Hotel NamPan ke Hotel Sintra. Hotel Sintra terletak di hujung jalan, sederet 3 blok dari NamPan. Sampai kat depan Sintra, kami menunggu shuttle bas percuma ke City of Dreams (COD). Di dalam bas, kami diberi souvenier percuma dari pihak casino COD. Weeee~. Perjalanan dari Sintra ke COD mengambil masa lebih kurang 15 minit. Suasana malam di Macau sangat cantik dengan lampu-lampu neon berwarna-warni. Kami sekali lagi melintasi jambatan panjang yang merentas Delta Pearl untuk menyeberang ke Taipa. Setelah memasuki area Cotai Strip, kesemua bangunan kelihatan sangat gah dan moden seperti Galaxy, Hard Rock Hotel, The Venetian dan City of Dreams.

Bas berhenti betul-betul di entrance COD yang indah bagaikan mimpi (eceh). Bila jejak jeee kaki di COD, bau semerbak yang sangat best menusuk hidung. Kami disambut dengan gadis-gadis cantik yang tinggi lampai bagaikan model runaway. Kat entrance,penuh dengan kereta bernilai jutaan ringgit termasuk beberapa limosin super panjang 6 pintu!!!! City of Dreams memang benar-benar kota impian/idaman! Siap ada duyung menari-nari dalam air. Tapi duyung ni lucah sikit sebab tak pakai baju n nampak tetek. Hehe. 

 City of Dreams and Hard Rock Hotel
 Tiket Dragon's Treasure
Parents di Hard Rock Hotel, background The Venetian

Kami jalan-jalan dalam COD, selain casino terdapat banyak designers boutiques dalam ni yang best-best. COD ni bercantum dengan  Hard Rock Hotel. So, boleh jee shopping barang-barang Hard Rock sekali. Weeehooo. Lepas shopping, kami ke Bubble Theatre dan beli 3 tiket untuk show Dragon's Treasure pada jam 9pm. Show ni dikatakan antara show yang paling mahal didunia dari aspek kos pembinaan iaitu bernilai USD40 juta. Tapi memang sangat awesome pun show ni walaupun cuma 20 minit. Terbaik! Serious berbaloi every dollar spent. Kalau ke Macau, wajib pergi tengok show ni.

The "Luxury" Venetian

Selepas habis show, kami berjalan ke The Venetian. The Venetian ni ialah kasino yang terbesar di dunia!!! Ia juga merupakan hotel terbesar di Asia, bangunan ke-6 terbesar di dunia dan mempunyai 'kota Venice' tersendiri dalam bangunan gergasi ini. Wow!!! Bangga jeee aku dah menjejakkan kaki kat bangunan yang antara terbesar di dunia. Wuuhuuu. Memang lenguh kaki jalan dalam ni. Aku dan parent siap sesat-sesat lagi nak cari jalan keluar. Bila sesat jeee dalam kasino. Penuh dengan org berjudi. Semua kasino dalam Venetian ni nampak sama jeee. Tu yang tersesat tu. Last-last sampai jeee kat Canal Shoppe ala Venice. Ada gondola kat dalam ni. Boleh naik n round seluruh Venetian. Yang tukang kayuh tu memang orang Italy, siap nyanyi2 sebijik macam kat Venice lah.


Canal Shoppe and Gondola ride @ The Venetian

Shopping kat Venetian ni memang best gilaa!!! Sebab semua brand-brand yang best dan banyak yang takde kat Malaysia. Paling best sebab ada Steve Madden!!! 4-5 jam tak cukup kot kalau shopping seluruh Canal ni. Besttt!!! Kat dalam ni jugak ada the world famous egg tart baker, Lord Stow! Cerita pasal Lord Stow, actually before datang Macau, aku ada email this Lord Stow untuk halal status confirmation. Ye laa sebab egg tart Macau kan memang paling famous kat dunia. Tu yang teringin je nak try. To my surprise, Lord Stow DID REPLIED MY EMAIL!!! Wooohoo. Dia cakap, egg tart from his bakery memang takde contain lard or pork by product. So,some of Muslims may considered it as HALAL. Tapi, dia ada bagitau yang they use premium quality margarine which may contains beef tallow. Teeetttttt. So, I decided egg tart dia still meragukan dari hukum syarak since kita taktau samada beef tu disembelih or tak. Terpaksa tolak temptation ke tepi :( Tapi takpelaaa, mencari yang halal tu fardhu kan. Bahaya kalau makan menda shubahah, sebab jadi darah daging. Okaaayyyy stop it, aku bukan ustazah.


 Lepas dah habis shopping, waktu tu dah almost 1am. Kami pun keluar ke bus station kat exit The Venetian. Last bus is at 1am. Haha. Luckily we managed to catch it. Ambil bas dari Venetian ke Macau Ferry Terminal sebab takde direct bus to Sintra or Lisboa. Sampai kat Macau Ferry Terminal, kami terus naik shuttle ke Lisboa. Dari Lisboa, menapak laaa ke hotel kami. 

Sampai jee kat bilik dah almost 2am, ZZzzzZZZZZZzzzzz.

Perbelanjaan :
1. Dragon's Treasure : MOP50 x 3person = MOP150

Nanti sambung Part 11.

Sunday, February 19, 2012

Malas Dah

Kadang-kadang sampai satu tahap rasa macam nak berhenti buat semua benda yang aku sedang usahakan selama ni. Hmm…stress. Tapi tak tau laa apa yang aku stresskan. Boleh tak camtu? Aku rasa macam nak quit je MBA ni. Haha.
Lagi 1sem setengah je lagiiii. Sabo sabo. Tak lama dah. Bulan 9 ni habisssssss. 7 bulan je lagi. (Hari-hari bagitahu diri sendiri).
iSad Sad smile.

Friday, February 17, 2012

2.47 am

Lagi 15 minit sebelum 3am. Nak tido, tapi tak boleh tido. Sejak akhir-akhir ni selagi tak pukul 3am mata tak lelap. Kenapa tah.

Malam ni pulak kejam sikit. Dari semalam tak cukup tidur. Kepala dah melayang je rasa tapi tak boleh nak tidur sebab perut tgh cramp. Sakitttt..., Tuhan je laa tau.

Update blog sebab tak dapat tidur, tak tau nak buat apa dan nak alih fokus ke tempat lain. So takdela rasa sangat perut ni :(

Monday, February 13, 2012

Hong Kong - Macau (Part 9)

Sambungan Part 8

Keluar je dari terminal feri Taipa, aku terus cari free shuttle bus ke Grand Lisboa sebab Grand Lisboa paling dekat dengan hotel yang aku booked. Macam-macam free shuttle ada kat sini. Antaranya City of Dreams (COD), Venetian, Wynn, Sands dan lain-lain.

Perjalanan dari Taipa ke Grand Lisboa kira-kira 15-20minit. Sepanjang perjalanan aku rasa takjub sangat dengan pemandangan Macau,nak-nak lagi bila merentas jambatan panjang. Lagi panjang dari Jambatan Penang aku rasa. Kat Macau ni, ada 4 jambatan seumpama tu. Memang terbaiklaaa. Sampai-sampai kat Lisboa, kami diberhentikan betul-betul kat entrance kasino. So,kalau nak keluar dari situ wajib merentas kasino dulu. Luggage akan diperiksa dan disimpan. Boleh kutip balik luggage bila nak keluar dari casino. Haha 1st time aku dan parents aku masuk casino. Syok jee tengok orang dok layan berjudi. Yang syoknya kat Macau ni, samada kita nak judi atau tak,kita still boleh jejalan dan menggunakan service kat casino. All free!


Ayah @ Grand Lisboa casino 

Lagi satu, kat semua casino di Macau ni berbau wangi. Setiap casino ada bau-bau yang tersindiri. Diorang memang letak perfum dalam lubang air cond. So bila kita jejak jeee kaki dalam casino/hotel diorang, memang semerbak. Bukan bau perfume murah tau, but very the kehlassss punya bau. Scent yang paling sedap bagi aku ialah kat City of Dreams. 

Senado Square

Dari Lisboa, kami menapak ke Hotel Nam Pan. Jalan tak sampai 5minit. Nam Pan ni sederet je dengan Hotel Sintra dan betul=betul belakang the famous Margaret Cafe. Check in time at 1pm, tapi kami sampai around 11am. So kami just setelkan the hotel bill dan tinggalkan luggage kat reception. Dari Nam Pan,kami menapak ke Senado Square yang terletak lebih kurang 1km. Memula cam sesat jugak kat celah-celah bangunan, tapi aku tanya kat polis Macau. Diorang ni paham laa sikit English. Setakat nak bagi direction straight,left,right tu dorang reti laaa. Jangan ditanya kat Cina Macau, haram diorang tak paham sepatah English. Komunikasi kat Macau ni agak terhad laaa berbanding di HK ramai yang reti speaking.

Ruins of St. Paul

Senado Square ni kira main attraction di Macau. Kat Senado Square ni ada the famous Ruins of St Paul dan beberapa church lagi. Sebelahnya pulak ialah Fortress Hill dan Museum of Macau. Aku dan parents spent dalam 3 jam kat kawasan ni. Sambil berjalan kat Senado tu, sempat lagi bershopping-shopping. Kat sini famous dengan egg tart, tapi harommmm laa ye buat Muslim. Sebab egg tart kat sini semua guna lard untuk buat kulit yang rangup. Thats why sedappp. Tapi kalau nak rasa jugak egg tart, boleh try Lord Stow kat The Venetian. High class punya bakery tak guna lard or pork by product. 

Buah @ Senado 

Aku dan ibu beli buah kat pasar tani dia. Ya Allah sedap tak terkata wehhh buah kat sini. Buah lai n epal bapak besarrr gedabak. Sebiji around RM3-RM5 depends on grade. Tapi rasa dia marvelousss! Terbaik! Plum pon sangat manissss. Sepanjang kat Macau ni, kami dok makan buah jeee. Dah tu je yang halal. haha.

Atas : Fortress Hill,    Bawah : Museum de Macau

Setel bergambar kat Senado Square, Ruins of St. Paul dan Fortress Hill, kami melawat Museum of Macau dengan bayaran MOP15 seorang. Museum ada 3 tingkat, so dalam 1jam jugak laa kami pusing-pusing dalam ni. Seronok jugak museum ni sebab ada banyak info pasal salasilah Macau, China n HK. Memang berbaloi-baloi untuk dilawati. 

Kami menapak semula ke hotel, waktu dah dekat 4pm. Sampai-sampai je,terus check in. Beg kami pun dah sedia diletakkan dalam bilik. Mandi-mandi dan solat jamak. Alas perut dengan megi. Masing-masing kepenatan,so kami pun tidurrrrrrrr sampai maghrib!

Grand Lisboa view from our hotel.

TIPS :
Cuaca Macau agak sejuk pada autumn terutama waktu malam. Tapi tak sesejuk HK. Light jacket/cardigan dah ok.

Perbelanjaan :
1. Hotel : HKD 680 per night (bayar guna HKD instead of MOP).
2. Buah : HKD30
3. Tiket Museum : HKD45
4. Souvenier : HKD 30

Total : HKD 785


Baca Part 10

Related Posts with Thumbnails